ARCA
EFFINUR AZUANI HANIS HAZLIN BT ZULKIFLI(D20121058701)
SEJARAH ARCA :
Sejarah mengatakan bahawa arca sudah digunakan sejak beribu tahun dulu dan banyak dijumpai dalam era Mesir purba yang menjadi hiasan utama taman di rumah ibadat seperti patung dan stupa. Di Greece, arca dijadikan hiasan di kebun-kebun serta kuil. Pada zaman Roman, arca banyak dibina di taman awam, taman bunga dan berhampiran kuil. Arca adalah bentuk dalam susunan tiga dimensi untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya. Arca tidak sama dengan seni tampak yang lain kerana ciri-ciri tiga dimensi dimilikinya. Arca paling awal ditemui adalah ukiran daripada gading, tulang, tanduk dan tanah liat yang dihasilkan orang Aurignacian dan Magdalenian pada kira-kira 8,000 Sebelum Masihi. Zaman tamadun-tamadun lama seperti Mesir, Yunani, Mesopotamia, China, dan India turut menghasilkan beraneka jenis arca dengan menggunakan bahan-bahan yang berlainan. Pada zaman itu, benda -benda dibina dalam bentuk figura manusia dan haiwan kerana fungsinya sebagai lambang yang berkaitan dengan sistem kepercayaan dan keagamaan. Michelangelo Buonarroti (1475-1564), adalah pengarca Itali yang teragung pada Zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah. Antara ciptaannya yang paling masyhur iaitu David. Pengarca masyhur yang mula membina arca dalam bentuk abstrak pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua ialah seorang berbangsa Inggeris bernama Henry Moore dan Alberto Giaeometti, seorang warganegara Switzerland (190l-1966). Selepas Perang Dunia Kedua, bahan yang digunakan untuk menghasilkan arca telah beralih daripada bahan tradisional seperti batu marmar, kayu, gangsa, dan sebagainya ke bahan plastik, nilon, fabrik, dan bahan-bahan buangan lain.

Definisi:
Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi.
Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca
berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir,
melarik , mencungkil dan menguris.
Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan, dan
tempat – tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu
Peringatan.
Jenis –
Jenis Arca
Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan
objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung
manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya
pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca
tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala
pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca
terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.
Arca Asemblaj
Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan
mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna.
Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk
dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.
Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu ‘ Bicycle Wheel ’
( karya asli telah hilang ) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni
tangan yang mana arca ini dibina menggunakan bahan-bahan yang terdapat di
rumah.
Bicycle Wheel
Marcel Duchamp, 1951
Arca Mobail
Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau
bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca.
Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya
digantung di atas siling.
Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya
bergerak , berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder
dari Amerika bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum
pada sendi untuk membolehkannya bebas bergerak.
ALEXANDER CALDER
American, 1898-1976)
The Star, 1960
Polychrome sheet
metal and steel wire
35 3/4 x 53 3/4 x 17
5/8”
Arca Stabail
Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak
tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak.
Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak
boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian
yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.
Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid
dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh
digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.
Calder, Alexander
"Stabile,
Paris-La-Défense" - (1976)
Calder, Alexander -
"Hollow
Egg" - (1939)
Arca
Gabungan
Diorama
Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang
mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi
situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag
ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun
sisi.
Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau
dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak
dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan
tema diorama . bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan
situasi yang sama seperti tema diorama.
Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada
hasil karya dua dimensi yangkemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca
ini adalah kombinasi antara ciri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu
menghasilkan arca denganmemotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang
yang mengelilingi figuraatau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari
permukaan dan kelihatanmenarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz
(1891-1973) adalah antaratokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan
pengaruh kiubisme dalam arcatimbulan ini.
Henri Matisse - Back,
IV,
1930-1931
Jacques Lipchitz
Maquette No. 1 for
"Musical Instruments"(1923)
planet win 365 2021 - stillcasino.com
ReplyDeleteThe latest 2021-22 NFL planet win 365 football schedule. カジノ シークレット Learn more about 2021-22 NFL 1xbet korean football schedule and find out how to deposit and withdraw today.